




HINEX CAMP KE-9




SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU SIDANG AKADEMIK 2009/2 010 YANG MENYERTAI KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. ANDA MERUPAKAN PELAPIS KEDUA.
PAMERAN KELANASISWA UniMAP BERSEMPENA PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SIDANG AKADEMIK 2009/2010.
Tanggal 28 Jun 2009,Kumpulan Latihan Kelanasiswa UniMAP telah menyertai satu pameran kokurikulum bersempena dengan Minggu Suai Kenal 2009/2010.Kami amat bertuah kerana,daripada beberapa persatuan yang terdapat didalam UniMAP,kami terpilih untuk mengadakan pameran tersebut.Pameran tersebut hanya berlangsung selama satu hari sahaja dan kami turut menjemput ahli pengakap dari sekolah rendah untuk turut serta bersama kami pada hari tersebut. Pengalaman yang tidak dapat kami lupakan apabila keberangkatan canselor UniMAP iaitu Duli Yng Maha Mulia Tuanku Raja Muda Perlis bersama-sama naib canselor UniMAP iaitu Brigidier Jeneral Dato' Professor Doktor Kamarudin Bin Hussin ke ruang pameran KLKM UniMAP dan sudi mencemar duli untuk masuk ke kem tapak mini yang kami sediakan.



AKTIVITI YANG DIRANCANG BAGI AHLI KLKM SEMESTER 2 DAN SEMESTER 4
SIDANG AKADEMIK 2009/2010
- Penyertaan KLKM Unimap bersama WWF ( World Wild Faderation ) di Batu Pahat,Perlis pada 30 Julai 2009.
- Pameran KLKM UniMAP dan perbarisan bersempena Hari Kokurikulum UniMAP/Majlis Konvokesyen UniMAP pada 8.8.2009.Pameran ditunda buat sementera waktu ekoran daripada H1A1 di UniMAP
- Kursus manik kayu asas pada 30.1.2010 di Seri Angkasa Sungai Petani, Kedah
KEMPEN KESEDARAN PEMULIHARAAN TELUR PENYU BERSAMA PIHAK WWF (TELUR RANGERS), DI BATU PAHAT PERLIS.
Bertarikh 30.7.2009, pihak KLKM UniMAP telah menghantar wakil KLKMnya seramai 17 orang yang terdiri daripada KLKM semester 1 dan 2 ke Batu Pahat,Perlis untuk turut bersama-sama menyatakan sokongannya bersama Putra Rovers Team bagi menghentikan atau mengharamkan penggunaan telur penyu sebagai produk makanan dengan menurunkan tandatangan yang disediakan daripada pihak WWF dan tandatangan yang berjaya dikumpul nanti akan diserahkan kepada pihak parlimen sebagai memorendum bantahan daripada keseluruhan masyarakat Malaysia.Turut menjayakan program pada hari tersebut adalah penglibatan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perlis iaitu En.Ho Theo Sung sebagai pembuka kata program WWF.Akhir kata kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Putra Rovers kerana sudi menjemput kami untuk bersama-sama menjayakan program yang begitu bermakna kepada kami.






AKTIVITI MENDAKI DAN MASAKAN RIMBA DI BUKIT KUBU
Pada 25 October 2009, rombongan KLKM UniMAP telah mengadakan satu lawatan sehari ke Bukit Kubu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang lawatan tersebut dan contohnya ialah masakan rimba, penjelajahan bukit, ikatan pengakap dan sebagainya. Lawatan tersebut bermula dari 8.30 a.m. dan berakhir pada 12.30 p.m. Seramai 60 ahli yang terdiri daripada Kumpulan 1 and Kumpulan 2 telah menyertai lawatan tersebut yang diketuai oleh jurulatih KLKM UniMAP, En.Hamidon bin Ahmad.
Rombongan tiba di Bukit Kubu pada jam 8.30 a.m. melalui perkhidmatan bas yang disediakan oleh UniMAP. Sebelum aktiviti dijalankan, ahli-ahli rombongan diarahkan supaya berbaris mengikut kumpulan masing-masing yang terdiri daripada 10 ahli setiap kumpulan.
Ahli-ahli dalam barisan diarahkan supaya berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dengan bersemangat. Perbarisan diteruskan dengan perlafazan ‘Persetiaan Pengakap’ yang didahului oleh En. Hamidon. Selepas itu, En. Hamidon meneruskan perbarisan dengan memberi taklimat kepada ahli-ahli rombongan tentang akitiviti yang bakal dijalankan serta objektif lawatan tersebut diadakan.
Penyampaian taklimat tamat kira-kira pada pukul 9.00 a.m. dan rombongan memulakan lawatan dengan aktiviti menjelajah Bukit Kubu. Dalam perjalanan ke puncak bukit, rombongan menemui pondok rehat, objek buatan manusia, dan pelbagai jenis flora. Perjalanan yang curam dan licin menyukarkan penjelajahan tetapi ahkirnya memuncaki bukit kubu.
Pada pukul 10.00 a.m, akitiviti di bukit kubu diteruskan dengan acara masakan rimba. Rombongan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan telah ditugaskan untuk membuat masakan rimba masing-masing. Antara masakan rimba yang dipilih ialah roti lilit dan nasi buluh. Sebelum memasak, tugas-tugas mencuci bahan mentah, mengutip ranting pokok, menghidupkan api, mengguli tepung, melilit roti dan sebagainya dibahagikan kepada ahli-ahli kumpulan. Nasi dalam buluh dan roti yang siap digulit diletakkan berhampiran dengan unggun api sehingga masak. Makanan yang telah siap dimasak dicuba makan dan dinilai serta diberi markah mengikut kumpulan masing-masing.
Selepas penilaian masakan rimba, ahli-ahli rombongan bergotong-royong membersihkan kawasan bukit kubu. Selepas itu, rombongan diarahkan supaya berkumpul semula di tapak Bukit Kubu. Lawatan ini berakhir dengan penyampaian ucapan oleh En. Hamidon. Dalam ucapan beliau, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyertai dan memberi kerjasama sepanjang aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan. Persatuan KLKM UniMAP berharap agar lawatan-lawatan seperti ini akan diadakan lagi pada masa yang akan datang.
Disediakan Oleh Pengurusi Tahun 1 KLKM UniMAP 2009/2010
James Cheong Mun Kit

Tanggal 19-20 hb 12.2010, wakil KLKM UniMAP yang terdiri daripada saudara Zubairi Bin Zubir dan saudara Syafik Bin Wazir telah dihantar untuk membentangkan usul mewakili KLKM UniMAP di ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Turut bersama-sama menyertai persidangan ini adalah Pesuruhjaya KLKM UniMAP Encik Syed dan Jurulatih KLKM UniMAP En.Hamidon. Sebanyak 13 IPT yang turut serta dalam persidangan KLKM iniiaituTATIUC,KUIN,MSU,KLIUC,IKBNCHEMBONG,UTM,UIAM,UPSI,UDM,PSAS,USM dan UPM.KLKM UniMAP telah mengemukakan sebanyak 6 usul kepada persidangan tersebut dan 2 daripadanya telah diterima untuk dijadikan usul bagi KLKM kebangsaan. Selain itu, sepanjang tempoh persidangan tersebut, KLKM setiap IPT telah mengemukakan cadangan bagi melantik MPKLKM yang baru bagi tahun ini. Diharapkan, usul yang telah dikemukakan itu akan dijadikan sebagai panduan untuk memantapkan lagi KLKM di masa hadapan.



MAJLIS PENTAULIAHAN AHLI KLKM UniMAP TAHUN2,EXCO TAHUN 1&2 DAN PEMBANTU JURULATIH




KURSUS MANIK KAYU PERTAMA KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA UniMAP DI WISMA SERI ANGKASA
Bertarikh 26 hb Januari 2010,Kumpulan Latihan Kelanasiswa UniMAP telah menghadiri kursus manik kayu pertama yang diadakan di Seri Angkasa Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Kursus tersebut telah di hadiri oleh seramai 46 ahli KLKM UniMAP bagi menjayakan kursus tersebut. Ia merupakan kursus manik kayu pertama yang dihadiri oleh ahli KLKM UniMAP tahun2 sepanjang mereka menyertai diri mereka didalam ahli Kelana Siswa UniMAP.Untuk pengetahuan,kursus manik kayu dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu manik kayu pertama ,kedua dan ketiga. Ia merupakan kusus yang wajib di ambil bagi menyatakan diri mereka sebagai ahli pengakap. Sepanjang kursus tersebut berlangsung, ia telah disampaikan oleh Tuan Jefri dan Dr.Nazri selaku Pengurusi Kelana Seri Angkasa.Pelbagai input yang telah disampaikan oleh penceramah mengenai ilmu-ilmu pengakap asas yang wajib diketahui oleh ahli Kelana bersesuaian dengan kursus manik kayu pertama.

EAST COST ROVER MOOT TERENGGANU,ECROM
Tanggal 11 hb Februari 2010 sehingga 14 hb Februari 2010 telah berlangsungnya perkhemahan yang menghimpunkan semua kelana negeri dan kelanasiswa di setiap IPT.Antara yang terlibat adalah YBhg Dato Haji Kaharuddin Momin telah merasmikan majlis penutupan East Cost Rover Moot kali pertama dan setiap kontingen diberikan sijil penyertaan, sijil lencana kemahiran dan lencana kemahiran kepada peserta yang menghadiri perkhemahan tersebut. Akhir kata,program yang dijalankan oleh pihak pengurusan ECROM sedikit sebanyak memberi imput kepada peserta yang menghadiri perkhemahan tersebut terutamanya kepada KLKM UniMAP di dalam aspek pendidikan kepengakapan dan diharap program tersebut dapat diteruskan dari semasa kesemasa.






LAPORAN MENGENAI:
MAJLIS PERASMIAN KEMPEN ANTI PEMERDAGANGAN ORANG,
TARIKH : 2 MAC 2010
MASA : 8 PAGI – 1 TENGAHARI
TEMPAT :
KEHADIRAN : 1. Pelajar UniMAP (9 orang)
2. Jurulatih (1 orang)
AKTIVITI:
07 30pg- Pelajar berkumpul di stesen bus dan bertolak pada
09 30pg- Tiba di dewan dan khemah pameran.
10 15pg - Masa untuk memberikan risalah KLKM UniMAP kepada pengunjung yang hadir
12 00tgh- Pelajar dan jurulatih berkemas dan makan tengahari.
01 00tgh- Pelajar dan jurulatih bertolak balik.
KOMEN :
Pelajar tahun 1 pertama kali terlibat dalam pameran KLKM UniMAP dan
Mereka dapat menimba
datang mereka dapat mengadakan dengan lebih baik.
Laporan disediakan oleh:
Chan Kin Mun
(Pengerusi KLKM UniMAP Tahun 1)






JAMBORI 1 MALAYSIA PUTRAJAYA,BERSEMPENA DENGAN HARI BELIA NEGARA 2010
Laporan mengenai :
JAMBORI 1
Tarikh : 14 May 2010 - 16 May 2010
Tempat :
Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
Kehadiran : 1. Ahli KLKM UniMAP ( 20 ahli )
2 . Jurulatih ( 1 jurulatih )
3. Pegawai Pengiring ( 1 pegawai )
Aktiviti Program :
Hari Pertama
- Pendaftaran ahli KLKM UniMAP dibawah negeri KLKM dan mendirikan khemah dibawah satu ’ sub camp ’ KLKM.
- Persiapan dan raptai untuk menerima kedatangan Menteri Kabinet.
Hari Kedua
- Sebahagian ahli KLKM UniMAP dibawa ke PICC bagi meramaikan majlis perasmian Hari Belia Negara yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menter dan sebahagian lagi ahli dibawa ke Dataran Wisma Tani bagi aktiviti khidmat sosial disana.
- Disebelah malamnya, 98 peratus ahli KLKM UniMAP menjalankan aktiviti JOTA ( Jambori On The Air ) bagi mendapatkan lencana Jota.
- Akhirnya disusuli oleh malam kebudayaan Pengakap.
Hari Ketiga
- Ahli KLKM UniMAP mengemaskan barang masing - masing seperti khemah dan bersiap sedia untuk pulang ke destinasi masing – masing.
Komen :
. Akhir kata,program yang dijalankan oleh pihak pengurusan Persekutuan Pengakap Malaysia sedikit sebanyak memberi input kepada ahli KLKM UniMAP mengenai ikatan persaudaraan pengakap diantara IPT yang hadir pada jambori tersebut dan diharapkan perkhemahan mahupun jambori dapat dijalankan oleh pihak – pihak berkenaan dari masa ke semasa.
Disediakan oleh :
...........................................
ZUBAIRI BIN ZUBIR
( Pengerusi Kumpulan Latihan Kelanasiswa UniMAP Tahun 2 )






Bersama dengan KLKM IKBN CHEMBONG Tuan Rumah HINEC CAMP 2010
, 8.10.2010 :)




Mintak maaf banyak - banyak sebab tak dapat ' upload ' gambar di Dataran Wisma Tani
sebab tak dapat sumber - sumber daripada ahli :(
- ' Dinner KLKM UniMAP ' di Brasmana Hotel
- Ekspedisi KLKM UniMAP ke Pulau Pangkor
- HINEX CAMP 2010 di IKBN CHEMBONG Negeri Sembilan, 8.10.2010-13.10.2010